Monday, July 28, 2008

UnTuk Mu TeMan SeJati




- Klik Disini Untuk Gambar Tambahan-







Teman sejati,
Teman yang sanggup menempuhi kesusahan bersama.
Memberikan kita sokongan ketika kita berjauhan dari keluarga.
Teman sejati,
Teman yang mengajak kita kearah kebaikan,
Bukan teman yang mengajak kita kearah kebinasaan.
Teman sejati,
Teman yang dapat membuatkan kita gembira,
walaupun ketika itu kita dalam kebuntuan.
Teman sejati,
Teman merupakan anugerah yang diberikan oleh-Nya
yang sanggup mendengar segala masalah & membantu menyelesaikannya
Itulah "Teman Sejati"




Teruskan...

Mutiara Kata


KAHWINILAH ANDA WANITA YANG PENYAYANG DAN PERAMAH
DAN SALING MEMBERI HADIAHLAH AGAR KASIH SAYANG
KAMU BERTAMBAH.
(MAKSUD HADITH)




TIDAK SEDIKIT NEGERI YANG KAMI BINASAKAN
KERANA IA ZALIM, MAKA RUNTUHLAH IA DAN DEMIKIAN
PULA KAMI BINASAKAN TELAGA YANG DITINGGALKAN
SERTA MAHLIGAI YANG TINGGI
(SURAH AL HAJJ - AYAT 45)





DAN CARILAH APA YANG TELAH DIANUGERAHKAN ALLAH
KEPADAMU KEBAHAGIAAN DI AKHIRAT DAN JANGANLAH
KAMU LUPAKAN NASIB KAMU DI DUNIA. DAN
BERBUAT BAIKLAH KEPADA ORANG LAIN - SEBAGAIMANA
ALLAH TELAH BERBUAT BAIK KEPADA KAMU. DAN
JANGANLAH KAMU BERBUAT KERUSAKAN DI BUMI
KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI
ORANG-ORANG YANG MELAKUKAN KERUSAKAN.

Baca Lagi...

Sayangi Mereka Selagi Mereka Masih Ada...



" Tanpa ayah & ibu tidak akan wujud kita di dunia.Jangan sesekali kita menguris hati mereka yang telah menjaga kita dari sejak kecil lagi hingga kita berjaya seperti masa sekarang.Jika mereka telah tua, jaga lah mereka dengan penuh kasih sayang...Kerna jangan kita lupa ketika kecil mereka sanggup menjaga kita walaupun pada masa itu mereka penat untuk mencari nafkah.Sesungguhnya keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa."

Sunday, July 27, 2008

Kenangan Lalu...






Gambar Kenangan Semasa Saya Berusia 4 Tahun Sehingga 17 Tahun

Tuesday, July 22, 2008

Ku Harap Di Jemput Kembali Ke Rumah-Nya




Keagungan Ciptaan-Nya Yang Tiada Bandingan

Pengalaman yang cukup bermakna bagi saya apabila diberikan peluang serta keizinan oleh-Nya untuk menjejak kaki di Tanah Suci Makkah. Terasa saya cukup beruntung memperoleh kesempatan ini.Bukan semua hamba-Nya dibuka pintu hati untuk ke sana. Sesiapa sahaja yang telah pergi ke sana pasti akan merindui kedamaian serta ketenangan di Masjidil Haram yang tidak diperolehi di mana sahaja tempat lain.Begitu juga dengan saya, perasaan rindu untuk berada di sana sentiasa bermain di dalam fikiran saya walaupun peristiwa ini telah berlalu setahun yang lepas sebelum saya sambung belajar di UTeM. Allahuakbar saya sudahi coretan cerita saya ini.

Renungan Bersama...



" Apabila seseorang itu banyak mengadu kepada manusia, maka sedikitlah pengaduannya kepada Allah swt lantaran telah dilepaskan kekecewaan dan pengaduannya kepada manusia. Maka, dimanakah Allah di dalam hatinya? Semakin banyak pengaduan masalah dan kekecewaan yang ingin dikongsi dengan Allah , Maka makin banyak masa akan diperuntukkan bersama Allah... Inilah antara punca orang-orang yang beriman bangun di tengah malam, kerana pengaduannya yang haqiqi sebetulnya untuk Allah swt..."